Kita selalu dimomokkan dengan cendawan jepun, korea dan macam macam cendawan lagi. tapi awak semua pernah dengar tak tentang cendawan busut? Cendawan Malaysia sejati.. Ceewah ada pulak cendawan sejati..Yaa.. cendawan busut adalah cendawan fresh dari ladang.. Bukan cendawan tanam atau cendawan yang kita jumpa di pasar pasaraya. Kebiasaannya cendawan busut tumbuh selepas hujan di atas tanah. Selalunya dijumpai di ladang kelapa sawit atau ladang getah. Orang dulu dulu cakap cendawan busut ni kalau dicari tak jumpa, tapi kalau jumpa pun secara kebetulan.
Kita pernah dengarkan dalam berita ada orang mati sebab makan cendawan beracun. Mungkin orang itu salah pilih cendawan. Bukan sebarangan cendawan yang kita boleh makan.Orang dulu dulu cakap juga kalau nak tahu cendawan tu beracun ke tidak, cuba cabut, kalau cendawan yang kita cabut tu tak tertanam ke tanam maka cendawan tu kita tak boleh makan. kalau batang cendawan itu tertanam dan kita kene tarik keluar maka cendawan itu boleh di makan. Itu orang tua tua kata. Tak tahu la kebenarannya.
Berbalik kepada cendawan busut, cendawan busut yang paling sedap bila cendawan ni belum berkembang lagi ,masih kudup. Itu adalah yang paling sedap. Rasa cendawan busut ni manis. rebus dengan air dan garam pun cukup sedap.Kalau nak masak lemak putih pun sedap. goreng pun sedap. Pendek kata semua sedap.
Cendawan busut ini bila kita ambil, kita tak boleh terus masak. Kita kene buang kulit luar cendawan ini dulu. Sebabnya kulit luar cendawan kotor sebab tumbuh ditanah jadi kene buang dulu baru boleh masak.
Inilah rupa cendawan busut
Nampak banyak tanah kan.Sebab tu kita perlu buang kulit luar cendawan ini
Nampak batang bawah cendawan ni. panjang tertanam dalam tanah kan.
Taraa.. dah bersih cendawan. Siap sedia untuk digoreng, direbus, digulai.
No comments:
Post a Comment