Wednesday, December 26, 2012

Kucing Gelandangan

Tiap tiap pagi depan ofis aku inilah keja kucing kucing ni..tunggu,tunggu dan tunggu.. Tunggu apa? tunggu aku..hahha..bukan diorang ini tunggu makan. Aku bukan kategori yang baik sangat tapi sebab kesian jer kot tengok kucing kucing ni.. kurus sangat..kalau angkat macam tak sangka berat diorang sangat sangat ringan oke.Jadi kalau ada duit lebih aku belikan makanan. makanan kering saja. senang simpan. Kalau kucing ni duduk kat rumah aku .. aku tak la sebaik ni kot sebab diorang boleh cari makan sendiri kan.. bila dah duduk rumah orang, of course la makanan senang nak dapat. Sebab diorang duduk kat sekitar ofis aku, mana nak cari makanan, rumah orang pun takde.. kantin pun takde. Jadi tolong je la termampu..

teka berapa ekor kucing jantan dalam gambar ni?
1) satu
2) dua 
3) tiga
4) tiada

Antara ke tiga tiga kucing ni yang mana kucing betina?
hehehe..
teka.. dan anda akan dapat jawapan untuk soalan pertama..

Thursday, December 6, 2012

Dokong sudah masak

Buah dokong ditanam abah sudah mula menguning. Tunggu masak betul baru boleh dipetik.Tapi yang tak sedapnya, buah dokong ni masam. Nak bagi orang pun serba salah sebab masam sangat. Huh! Ada apa apa cadangan untuk buah ni boleh jadi manis? ada baja atau ubat yang boleh bantu mengatasi masalah ini. Minta kongsi kongsikan cara mengatasinya. :)








Cendawan Busut

Kita selalu dimomokkan dengan cendawan jepun, korea dan macam macam cendawan lagi. tapi awak semua pernah dengar tak tentang cendawan busut? Cendawan Malaysia sejati.. Ceewah ada pulak cendawan sejati..Yaa.. cendawan busut adalah cendawan fresh dari ladang.. Bukan cendawan tanam atau cendawan yang kita jumpa di pasar pasaraya. Kebiasaannya cendawan busut tumbuh selepas hujan di atas tanah. Selalunya dijumpai di ladang kelapa sawit atau ladang getah. Orang dulu dulu cakap cendawan busut ni kalau dicari tak jumpa, tapi kalau jumpa pun secara kebetulan. 

Kita pernah dengarkan dalam berita ada orang mati sebab makan cendawan beracun. Mungkin orang itu salah pilih cendawan. Bukan sebarangan cendawan yang kita boleh makan.Orang dulu dulu cakap juga  kalau nak tahu cendawan tu beracun ke tidak, cuba cabut, kalau cendawan yang kita cabut tu tak tertanam ke tanam maka cendawan tu kita tak boleh makan. kalau batang cendawan itu tertanam dan kita kene tarik keluar maka cendawan itu boleh di makan. Itu orang tua tua kata. Tak tahu la kebenarannya. 

Berbalik kepada cendawan busut, cendawan busut yang paling sedap bila cendawan ni belum berkembang lagi ,masih kudup. Itu adalah yang paling sedap. Rasa cendawan busut ni manis. rebus dengan air dan garam pun cukup sedap.Kalau nak masak lemak putih pun sedap. goreng pun sedap. Pendek kata semua sedap.

Cendawan busut ini bila kita ambil, kita tak boleh terus masak. Kita kene buang kulit luar cendawan ini dulu. Sebabnya kulit luar cendawan  kotor sebab tumbuh ditanah  jadi kene buang dulu baru boleh masak.

Inilah rupa cendawan busut

Nampak banyak tanah kan.Sebab tu kita perlu buang kulit luar cendawan ini

Nampak batang bawah cendawan ni. panjang tertanam dalam tanah kan.

Taraa.. dah bersih cendawan. Siap sedia untuk digoreng, direbus, digulai.

Saturday, December 1, 2012

Kisah Ibu Ayam Kuning

Ada seekor ayam kuning betina dekat rumah aku ni. Aku pun tak tahu sejak bila dia ada. Ibu ayam kuning ini bagi aku sangat unik. Sesiapa yang biasa bela ayam, bila ayam betina dah bertelur balik.. walaupun masa itu dia ada anak, dia takkan hiraukan anak dia. Kalau anak dia datang dekat jer kadang kadang kene patuk balik. Tapi Ibu ayam kuning ini tak. Dia boleh biarkan anak dia yang dah besar duduk sekali dalam tempat telur dia. Masa dia mengeram pun anak dia tetap duduk dengan dia. Dan bila anak ayam dah menetas, anak ayam lama ni tetap ikut mak dia cari makan. Betapa baiknya ibu ayam kuning ni. Kadang kadang ibu ayam kuning ni boleh biarkan anak ayam lain jadi anak dia. Boleh ikut dia cari makan. Pernah ada seekor ibu ayam  ini baru dapat anak ayam tapi tak pandai jaga. Mak ambil anak ayam tadi letakkan dekat ibu ayam kuning. Selamba jer ibu ayam kuning bawak anak ayam tadi cari makan.

Ayam kuning dan anak anak

Perasan tak anak ayam ni banyak saiz.. ada besar, ada sederhana dan ada kecil. Ini menandakan anak-anak dia walaupun dah besar tobing masih ikut ayam kuning ni.


Friday, November 30, 2012

Lembu Abah

Masa mula mula mak cakap abah join kawan dia bela lembu.. Aku macam tak percaya.Sebab? Setahu aku abah aku bukanlah lasak sangat untuk buat kerja kerja macam tu. Walaupun abah bekas askar tapi selama ini aku tak nampak lansung minat dia untuk memebela binatang lagi lagi lembu. Kalau membaca dan sukan itu memang minat abah. Mula mula aku bantah juga sebab jaga lembu ini letih. Pukul 1 pergi untuk lepaskan lembu.. kemudian pukul 4 pergi lagi untuk kandangkan balik lembu. Belum lagi kalau orang datang rumah cakap lembu terlepas. Terpaksa pulak pergi halau masuk kandang.. Kadang kadang sampai maghrib baru balik. Abah bela lembu ini sebab kawan baik dia ajak. Kawan baik abah merangkap sepupu dia Pak Lang Seman yang ajak abah. Walaubagaimanapun Pak Lang Seman dah meninggal sebulan yang lepas (Al Fatihah untuk allahyarham).. Abah agak down jugak la.. sebab moral dia dah takde. Tapi Alhamdulilah nampaknya dia boleh survive lagi tanpa kawan baik dia. Semenjak abah bela lembu ni, untuk keluar berjalan memang tak boleh. Paling lama pun sehari je nak ke mana mana. Tapi dah itu pilihan abah. Ikutkan aje. Lagipun bagus juga. Dari abah duduk dekat rumah membaca jer baik dia keluarkan peluh sedikit. Bukan apa abah ada penyakit. Jadi dengan jaga lembu ni paling paling kurang adalah peluh keluar. Dan semestinya aku selalu jugak makan daging lembu fresh.. hehek.

Bawah ini gambar lembu abah. Ada satu hari itu abah excited pinjam kamera aku. Nak tangkap gambar lembu. Nak masukkan dalam facebook. katanya..







Sunday, November 25, 2012

Oh Durian.

Bila cakap pasal negeri Perak, mesti durian antara salah satu trademark kan. Semenjak musim durian ni, aku dah macam jadi trauma.. mana mana pelusuk dalam rumah aku semuanya durian. huh! sampaikan dalam peti ais pun durian. Tak suka!!!! Durian akan membuatkan satu peti ais berbau oke.. Tahun ni agak banyak buah durian aku rasa, tiap tiap hari ada orang hantar durian, semalam balik kampung pun bapa saudara aku bagi durian sebonet kereta.. bayangkan!!! Aku bukan tak suka durian. Aku pun makan durian.. kadang kadang sebiji pun boleh habis seorang. Tapi satu perkara, aku hanya makan durian yang baru dibuka. Kalau dah buka simpan dalam peti ais.. sampai aku tua pun aku tak makan. Dan satu perkara lagi, musim buah akan menyebabkan laman rumah bersepah sepah dengan kulit buah.. 








Friday, November 23, 2012

Tikus Belanda

Ok, dua tahun lepas aku ada bela tikus belanda atau inggerisnya Guinea pig.Tapi aku panggil tikus belanda ni wonderpet.. Gara gara dia kan salah satu watak dalam kartun wonder pet.
Serius aku cakap, bela binatang ni sangat sangat mudah. Lagi pula binatang ni cepat membiak. Tanpa korang sedar tiba tiba je tikus ni dah ada anak baru.

Pengalaman aku bela tikus ni, diorang sangat bising kalau lapar. diorang boleh dikatakan makan 24 jam tanpa henti. sebab kalau aku letak makanan je habis, letak je habis.Lepas tu buat anak.. haa.. tu je la kerja tikus ni. Tikus ni sangat mudah nak jaga. Cukup makan, cukup air. tempat tinggal biar tertutup sedikit. Sebab tikus ni pemalu ok.

Lagi satu, anak tikus ni kalau baru lahir, korang takkan rasa geli.. sebab lahir je dah sempurna boleh berjalan terus. bulu sama macam bulu mak dia. Takde la korang tengok dia lahir licin jer takde bulu. So tahap kegelian nak pegang dan tengok anak dia memang takde la.. Kiut la.. lahir lahir boleh terus makan.. kagum wo..

Jadi siapa tengah mencari biantang peliharaan, aku cadangkan korang pilih tikus belanda ini. Serius comel tapi kene tahan bunyi dia lagi lagi kalau lapar. hehe

Nak tengok jenis jenis dia Klik Jenis jenis tikus belanda













Thursday, November 22, 2012

Anak Pusak Putih

Anak kucing ini aku jumpa depan pejabat masa nak balik kerja. Comel. Jadi aku ambil bawa balik rumah. Walaupun komitmen nak bela kucing memang tiada. Tapi aku bawa juga balik. Aku call kawan aku tanya dia nak tak bela kucing ini sebab aku tahu dia suka kucing. Dalam 3 hari juga aku bela kucing ini. Memang jadi baby betul la kucing ni. Minum bersuap. Tidur bertepuk. Yang paling tak tahan, setiap masa kene alert takut dia kencing merata.Oleh kerana rumah aku tiada sesiapa yang minum susu tepung. Jadi aku bagi anak kucing ini minum susu pekat f&n..okay je aku tengok dia minum.

Apepun lagi lama dia duduk dekat rumah aku, makin sayang pulak dekat kucing ni. Andai kawan aku ni memang taknak memang aku akan bela la kan.Tapi dah janji mesti bagi. Ada makcik seorang ni tengok anak kucing ni pun dia nak juga. Aku cakap nanti la kalau jumpa lagi aku bagi.Kucing ni dah ada orang cop.

Comel kan..






Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali blog ini aku buat khas untuk ruangan santai alam. Semua cerita akan berkisar pasal binatang, tumbuhan dan alam semulajadi. Berbeza dengan blog innboomerang yang aku tulis lebih berkisarkan aktiviti harian aku. Blog ini lebih kepada minat aku sebenarnya dan penulisan dalam blog ini juga berbeza dengan blog innboomerang. Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat dengan alam semulajadi tak kiralah minat binatang, serangga, unggas, herba, pokok dan apa apa sahaja yang berkaitan alam bolehlah kita berkongsi di sini.