Friday, November 30, 2012

Lembu Abah

Masa mula mula mak cakap abah join kawan dia bela lembu.. Aku macam tak percaya.Sebab? Setahu aku abah aku bukanlah lasak sangat untuk buat kerja kerja macam tu. Walaupun abah bekas askar tapi selama ini aku tak nampak lansung minat dia untuk memebela binatang lagi lagi lembu. Kalau membaca dan sukan itu memang minat abah. Mula mula aku bantah juga sebab jaga lembu ini letih. Pukul 1 pergi untuk lepaskan lembu.. kemudian pukul 4 pergi lagi untuk kandangkan balik lembu. Belum lagi kalau orang datang rumah cakap lembu terlepas. Terpaksa pulak pergi halau masuk kandang.. Kadang kadang sampai maghrib baru balik. Abah bela lembu ini sebab kawan baik dia ajak. Kawan baik abah merangkap sepupu dia Pak Lang Seman yang ajak abah. Walaubagaimanapun Pak Lang Seman dah meninggal sebulan yang lepas (Al Fatihah untuk allahyarham).. Abah agak down jugak la.. sebab moral dia dah takde. Tapi Alhamdulilah nampaknya dia boleh survive lagi tanpa kawan baik dia. Semenjak abah bela lembu ni, untuk keluar berjalan memang tak boleh. Paling lama pun sehari je nak ke mana mana. Tapi dah itu pilihan abah. Ikutkan aje. Lagipun bagus juga. Dari abah duduk dekat rumah membaca jer baik dia keluarkan peluh sedikit. Bukan apa abah ada penyakit. Jadi dengan jaga lembu ni paling paling kurang adalah peluh keluar. Dan semestinya aku selalu jugak makan daging lembu fresh.. hehek.

Bawah ini gambar lembu abah. Ada satu hari itu abah excited pinjam kamera aku. Nak tangkap gambar lembu. Nak masukkan dalam facebook. katanya..







Sunday, November 25, 2012

Oh Durian.

Bila cakap pasal negeri Perak, mesti durian antara salah satu trademark kan. Semenjak musim durian ni, aku dah macam jadi trauma.. mana mana pelusuk dalam rumah aku semuanya durian. huh! sampaikan dalam peti ais pun durian. Tak suka!!!! Durian akan membuatkan satu peti ais berbau oke.. Tahun ni agak banyak buah durian aku rasa, tiap tiap hari ada orang hantar durian, semalam balik kampung pun bapa saudara aku bagi durian sebonet kereta.. bayangkan!!! Aku bukan tak suka durian. Aku pun makan durian.. kadang kadang sebiji pun boleh habis seorang. Tapi satu perkara, aku hanya makan durian yang baru dibuka. Kalau dah buka simpan dalam peti ais.. sampai aku tua pun aku tak makan. Dan satu perkara lagi, musim buah akan menyebabkan laman rumah bersepah sepah dengan kulit buah.. 








Friday, November 23, 2012

Tikus Belanda

Ok, dua tahun lepas aku ada bela tikus belanda atau inggerisnya Guinea pig.Tapi aku panggil tikus belanda ni wonderpet.. Gara gara dia kan salah satu watak dalam kartun wonder pet.
Serius aku cakap, bela binatang ni sangat sangat mudah. Lagi pula binatang ni cepat membiak. Tanpa korang sedar tiba tiba je tikus ni dah ada anak baru.

Pengalaman aku bela tikus ni, diorang sangat bising kalau lapar. diorang boleh dikatakan makan 24 jam tanpa henti. sebab kalau aku letak makanan je habis, letak je habis.Lepas tu buat anak.. haa.. tu je la kerja tikus ni. Tikus ni sangat mudah nak jaga. Cukup makan, cukup air. tempat tinggal biar tertutup sedikit. Sebab tikus ni pemalu ok.

Lagi satu, anak tikus ni kalau baru lahir, korang takkan rasa geli.. sebab lahir je dah sempurna boleh berjalan terus. bulu sama macam bulu mak dia. Takde la korang tengok dia lahir licin jer takde bulu. So tahap kegelian nak pegang dan tengok anak dia memang takde la.. Kiut la.. lahir lahir boleh terus makan.. kagum wo..

Jadi siapa tengah mencari biantang peliharaan, aku cadangkan korang pilih tikus belanda ini. Serius comel tapi kene tahan bunyi dia lagi lagi kalau lapar. hehe

Nak tengok jenis jenis dia Klik Jenis jenis tikus belanda













Thursday, November 22, 2012

Anak Pusak Putih

Anak kucing ini aku jumpa depan pejabat masa nak balik kerja. Comel. Jadi aku ambil bawa balik rumah. Walaupun komitmen nak bela kucing memang tiada. Tapi aku bawa juga balik. Aku call kawan aku tanya dia nak tak bela kucing ini sebab aku tahu dia suka kucing. Dalam 3 hari juga aku bela kucing ini. Memang jadi baby betul la kucing ni. Minum bersuap. Tidur bertepuk. Yang paling tak tahan, setiap masa kene alert takut dia kencing merata.Oleh kerana rumah aku tiada sesiapa yang minum susu tepung. Jadi aku bagi anak kucing ini minum susu pekat f&n..okay je aku tengok dia minum.

Apepun lagi lama dia duduk dekat rumah aku, makin sayang pulak dekat kucing ni. Andai kawan aku ni memang taknak memang aku akan bela la kan.Tapi dah janji mesti bagi. Ada makcik seorang ni tengok anak kucing ni pun dia nak juga. Aku cakap nanti la kalau jumpa lagi aku bagi.Kucing ni dah ada orang cop.

Comel kan..






Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali blog ini aku buat khas untuk ruangan santai alam. Semua cerita akan berkisar pasal binatang, tumbuhan dan alam semulajadi. Berbeza dengan blog innboomerang yang aku tulis lebih berkisarkan aktiviti harian aku. Blog ini lebih kepada minat aku sebenarnya dan penulisan dalam blog ini juga berbeza dengan blog innboomerang. Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat dengan alam semulajadi tak kiralah minat binatang, serangga, unggas, herba, pokok dan apa apa sahaja yang berkaitan alam bolehlah kita berkongsi di sini.