Wednesday, March 12, 2014

Kucing Baru

Aku tak suka komitmen nak bela kucing tapi kucing yang tinggal dekat rumah aku beranak.4 ekor pula tu.Pertama kali beranak dapat terus 4 ekor dan semua hidup.Semua anak tak ada seekor pun ikut bulu mak dia.Buat masa sekarang aku kurung anak kucing sebab mak dia asyik nak bawak masuk rumah aku. Masuk rumah aku seterusnya ke bilik aku. Humm..jangan harap la kan. Selepas dah besa sikit,aku cadang bagi kat orang.Jom tengok rupa kucing kucing tu.






Thursday, January 23, 2014

Cameron Highland

Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki di tanah tinggi Cameron Highland, minggu lepas aku pergi bersama keluarga. Tak terfikir pula untuk bawa baju sejuk. Keluar sahaja kereta, hati berdetik, sejuknya aircond kereta abang sampai terasa diluar, tapi rupanya, aircond semulajadi.. Sejuk. Bayangkan cuaca di kawasan tanah rendah pun sejuk sekarang ni, inikan pula di Cameron.. bertambah lagi lah sejuk.

Tak banyak tempat yang dilawati sebab kami gerak dari rumah pun lambat. Banyak juga perubahan dan yang paling aku sedih apabila melihat banyak gunung gunung ditarah untuk projek penanaman sayur. Pemandangan yang cantik rosak oleh tanah tanah yang telah disodok dan ditarah. Mengganggu pandangan mata. 

Oke, tak banyak gambar yang sempat aku tangkap.. cuma ada sedikit saja dan gambar pun biasa biasa sahaja.













Sunday, January 5, 2014

Baru Belajar Berbuah

Akhirnya setelah lama tanam dan tidak berjaga, pokok anggur yang aku hadiahkan pada emak ini akhirnya berbuah juga. Selepas dah berbuah ini, mula la  berkobar kobar nak tahu cara sebenar penanaman anggur. Oke tahun 2014, semoga pokok anggur ni selalu berbuah.
Tunggu dan Lihat.
Sekian.