Thursday, January 23, 2014

Cameron Highland

Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki di tanah tinggi Cameron Highland, minggu lepas aku pergi bersama keluarga. Tak terfikir pula untuk bawa baju sejuk. Keluar sahaja kereta, hati berdetik, sejuknya aircond kereta abang sampai terasa diluar, tapi rupanya, aircond semulajadi.. Sejuk. Bayangkan cuaca di kawasan tanah rendah pun sejuk sekarang ni, inikan pula di Cameron.. bertambah lagi lah sejuk.

Tak banyak tempat yang dilawati sebab kami gerak dari rumah pun lambat. Banyak juga perubahan dan yang paling aku sedih apabila melihat banyak gunung gunung ditarah untuk projek penanaman sayur. Pemandangan yang cantik rosak oleh tanah tanah yang telah disodok dan ditarah. Mengganggu pandangan mata. 

Oke, tak banyak gambar yang sempat aku tangkap.. cuma ada sedikit saja dan gambar pun biasa biasa sahaja.













No comments:

Post a Comment