Friday, August 30, 2013

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Sekiranya pergi ke Sandakan, Sabah jangan lupa singgah ke  Santuari Monyet Belanda di Labuk Bay. Jarak perjalanan dari lapangan terbang Sandakan lebih kurang 38km sahaja. Monyet Belanda atau dikenali sebagai Proboscis Monkey ini jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia. Kebanyakkan monyet ini boleh dijumpai  di bahagian Borneo Sabah dan Sarawak. Kalau dilihat daripada bentuk fizikal monyet Belanda ini, ia boleh di kategorikan sebagai haiwan yang unik dan berbeza daripada spesis monyet lain . Terdapat perbezaan di antara monyet jantan dan monyet betina. Monyet Belanda jantan boleh dikenali menerusi  bentuk hidung yang besar dan berjuntai, perutnya berbonjol ke depan dan ekornya panjang. Berbeza dengan monyet betinanya boleh dikenali menerusi bentuk  fizikal dan hidungnya yang lebih kecil. 

Lunch hour!




bersantai