Thursday, January 31, 2013

Zoo Taiping Part 2 (Haiwan liar)

tidur tidur tidur....

hyper!

macam ni rupanya kambing gurun.

Lion King.. terserlah style Raja!


Rehat


Tiba tiba jer harimau ini berenang  dekat tempat aku berdiri.. Cabut!! Cam ngeri saja.. Cuba bayang tiba tiba dia boleh lompat!

Cute!

Gagah perkasa.. serius betul muka

Kalaulah badak ni naik angin.. rempuh pagar.. habis aku!

badan berketul ketul..hitam berkilat. binatang yang agak bahaya. Harimau pun takut dengan seladang tau..

tengok gajah teringat gajah di Sabah yang mati 13 ekor tanpa tahu punca. Kalau betul perbuatan manusia. Memang kejam!



Wednesday, January 30, 2013

Zoo Taiping Part 1 (Burung)

Hari Isnin lepas aku jalan jalan ke zoo Taiping. Lama juga tak ke sana. Hampir 10 tahun lamanya. Oleh kerana seorang kawan aku ini belum pernah ke Zoo Taiping. Jadi aku bawa sekali. Sangat berbeza Zoo Taiping dulu dan sekarang. Aku rasa aku lebih suka yang dulu. Mungkin Zoo Taiping kini dalam proses penambahbaikan menyebabkan rasa keseronokan itu kurang. Banyak kandang haiwan yang kosong. Suasana yang tak ceria. Harap harap selepas penambahbaikan Zoo Taiping siap sepenuhnya, suasana Zoo Taiping lebih menarik dari sekarang. Mungkin dinding-dinding kandang perlu di cat semula. supaya lebih ceria.. tidaklah berlumut kehijauan bila kita berjalan disepanjang dinding dinding kandang.

















Friday, January 25, 2013

12.30tengahari/25.01.2013

Awan hari ini. Walaupun dah pukul 12.30 tengahari, kabus masih menebal menyelaputi gunung ganang. Angin sepoi sepoi, cuaca mendung tunggu hujan turun.




Tuesday, January 15, 2013

Kebun Emak

Labu yang malu, menyorok disebalik dedaun

labu pun ada. Tumbuh di tepi sungai.

buah dokong muda

Cili waktu sesak. Kalau kehabisan terus petik di pokok

pokok dokong masih berbuah.

pokok cili liar yang diambil dari hutan. Kemudian ditanam di rumah.

jambu air sudah masak

Cili liar yang tumbuh belakang rumah

jambu air 

Daun kesum tumbuh meliar. Petik sahaja untuk dimasak.

bunga kantan. Sedap dimasukkan dalam gulai asam pedas dan laksa

cantik bukan buah kantan ni. Seakan akan buah nenas

rasa buah kantan ni sangat masam tahu.

bunga kantan dan buahnya

bunga putat sebelum bertukar menjadi buah

selain dibuat ulam, ada petua yang mengatakan kulit kayu putat boleh merawat resdung

pisang yang belum masak sepenuhnya, Tetapi terpaksa ditebang sebab buahnya merekah. Pisang muda buat gulai pun sedap

pokok putat sedap dibuat ulam.

buah dokong yang masih berbaki di pokok