Friday, August 30, 2013

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Sekiranya pergi ke Sandakan, Sabah jangan lupa singgah ke  Santuari Monyet Belanda di Labuk Bay. Jarak perjalanan dari lapangan terbang Sandakan lebih kurang 38km sahaja. Monyet Belanda atau dikenali sebagai Proboscis Monkey ini jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia. Kebanyakkan monyet ini boleh dijumpai  di bahagian Borneo Sabah dan Sarawak. Kalau dilihat daripada bentuk fizikal monyet Belanda ini, ia boleh di kategorikan sebagai haiwan yang unik dan berbeza daripada spesis monyet lain . Terdapat perbezaan di antara monyet jantan dan monyet betina. Monyet Belanda jantan boleh dikenali menerusi  bentuk hidung yang besar dan berjuntai, perutnya berbonjol ke depan dan ekornya panjang. Berbeza dengan monyet betinanya boleh dikenali menerusi bentuk  fizikal dan hidungnya yang lebih kecil. 

Lunch hour!




bersantai


Wednesday, July 3, 2013

FLORIA 2013 (Part 1)

29/6/2013 tempoh hari aku ke pesta bunga di Putrajaya. Alang alang dah ke Kuala Lumpur, singgah sebentar ke pesta bunga ni sebelum balik semula ke Perak. Banyak juga  jenis orkid yang belum pernah dilihat. Yang boleh aku cakap semua cantik cantik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Floria Putrajaya ni bolehla melawati laman web PutrajayaFloria2013
















Wednesday, June 26, 2013

Kebun kecil Emak

Bila duduk di kawasan kampung, rugi rasanya kalau kita tak memanfaatkan tanah yang ada. Macam emak, emak suka bercucuk tanam. Tanam pokok pokok yang boleh dibuat makan. Bukan tanam banyak banyak pun. Asal bila nak masak, boleh petik saja
Pokok kari ni mulanya tak la sehijau macam ni. Lepas mak ubah kedudukan dari depan letak di belakang rumah. Letak baja. Baru sihat macam ni. Serangan ulat pun tiada dah.Kalau tak batang je yang selalu ada,

Nak masak laksa, asam pedas sekarang ni dah tak pening nak mintak dekat orang, nak beli di kedai.. Petik je di belakang rumah. Pokok daun kesum pun sekarang dah membiak dan gemok gemok daunnya

Kalau dulu cili api berbeli di kedai. Sikit pulak tu. Sekarang dah tak termakan cilinya. Kalau buat jual ni sekali kutip boleh la dapat RM15. 

Daun kesum dah ada, bunga kantan dah ada..boleh la masak gulai asam pedas ikan pari.


Pokok manis buat rebus. dimakan dengan sambal belacan. Sambal pulak guna cili api.. Wallah sedap!


masak lemak ketam.. daun kunyit ada, cili api ada.. apa nak lagi... :)

tak perlu semai dari benih. Pokok daun sup ni, mak tanam dari akar pokok sup yang kita beli di kedai. Akarnya jangan dibuang. Tanam. mudah bukan. lepas la nak bagi sup berbau.

Pokok cili emak yang berbelas2 pokok. Sebab tu cilinya dah tak terkutip.

Puyuh

Puyuh ni abah aku beli dari kawan dia. 30ekor. Beli memang dah besar. Jadi nak bela memang tak susah la. makan cukup, minum cukup hidup la puyuh puyuh ni. Abah aku bela puyuh ni pun saja saja. Bila dah besar sikit boleh buat makan. Lagi lagi nak puasa ni.





Tuesday, June 25, 2013

Guinea Pig

Oke semua, ini pet baru aku.. Baru bela dalam dua minggu. Sebelum ni ada aku bela tikus belanda ni. Tapi tak tahu pasal apa, sakit apa.. semua mati. Lama juga la aku tak bela binatang sehingga abang aku call tanya nak bela tak tikus belanda lagi. Oleh kerana aku rasa aku boleh bagi komitmen untuk bela binatang ni, jadi  aku bela lah. Bagi aku untuk bela binatang ni kene ada komitmen. Untuk bagi makan, untuk penjagaan, untuk kesihatan dan kebersihan. Contohnya macam aku, aku suka kucing tapi aku takde komitmen nak bela kucing. Sebab aku rasa susah. Jadi aku harap, kali ni takde masalah lah aku bela tikus ni. 

yang kiri ni jantan dan sebelahnya betina

selain bagi makan palet, aku jugak bagi tikus ni makan daun napia.

makan 24 jam non stop

si jantan



Monday, June 24, 2013

Si Denak




Hasil Laut

Sekiranya awak semua berkesempatan bercuti ke Sabah, jangan lupa pergi ke Pasar Beluran.Kalau rasa nak tengok hasil laut segar dan murah, berkunjung la ke sana. Pasti puas hati dan rambang mata,








Pokok Depan Rumah